Saturday, December 27, 2014

Fibroid dan kesannya pada kehamilan

Hai semua diharap sihat semuanya,

entri kali ini saya nak cerita pengalaman saya yang mengalami pendarahan pada awal usia kandungan

ceritanya bermula selepas saya disahkan mengandung, ketika tu berusia 10 minggu, kalo tak salah hari jumaat berlaku kejadian ni, hari tu tak tahu kenapa rasa teramat penat sampai tetido lepas balik kerja..hanya bangun untuk solat maghrib lepas tu saya sambung tido balik sampaila encik suami kejut untuk solat isyak..selepas selesai tunaikan solat isyak saya pergi toilet nak buang air kecil..time tu la air kencing keluar beserta dengan darah..ape lagi rase memang sangat takut bercampur sedih dan cuak la jugak..siape tak sayang anak oi..huhuu..

saya beritahu encik suami, kitorang cemas sampai tak boleh nak fikir apa2..lama betul nak fikir solution..hahaha..lepas tu saya pakai pad dan terus pergi hospital Manjung..encik suami jangan cakapla, bawak kereta macam ribut tapi still berhemahla hihih..semua lampu isyarat dier langgar..nasib malam tu kereta tak banyak dan kalau ada pon diorang bagi jalan sebab pasang lampu kecemasan..ni yang bangga duduk kat Malaysia ni..hihih..

sampai je dekat hospital terus je masuk unit kecemasan. tak payah tunggu2 pun..doktor bertugas dekat unit kecemasan tanya saya ada rasa sakit macam senggugut tak..saya cakap tak da pun..doktor tanya lagi, masa buang air kecil ada tak ketulan daging keluar bersama..saya cakap tak juga..so dier scan tgok baby masih lagi ada, tapi untuk confirmkan saya kena refer pada unit bersalin..masuk je unit tu, doktor sakit puan check sekali lagi kandungan dan masukkan satu alat tak tahu nama apa untuk pastikan rahim dah terbuka atau tidak..alhamdulillah rahim masih tertutup..baby masih ada dan selamat..so doktor kata tak ada apa2..

time tu darah dah penuh satu pad..saya pun mintak dekat nurse untuk tukar pad..time tu dah dekat tengah malam rasanya..doktor tanya samada nak stay atau nak balik..kalau stay, doktor nak monitor darah yang keluar setiap tiga jam..kalau nak balik, saya kena datang semula ke hospital keesokan pagi..tapi saya dan husband decided balik rumah..

malam tu kitorang balik dengan perasaan yang masih gundah gulana..hihii..memang tak tidur la malam tu..kejap2 saya cek pad samada darah masih keluar atau tidak..darah masih lagi keluar tapi tak banyak macam awal2..dua hari saya hanya baring je tak buat apa2..makan pun dekat tempat tidur..darah masih keluar tapi sikit2 macam akhir2 period tu..

kitong tak pegi balik pon hospital..kikii..sampaila hari ahad petang baru saya telefon mak, bagitau apa yang berlaku..mak suruh balik rumah untuk detail check up dengan doktor pakar sakit puan dekat sana..

isnin pagi saya dan encik suami ke hospital SALAM, berjumpa dengan doktor Siti Mariam, pakar sakit puan dekat situ..check punya check, dier cakap baby masih ada dalam kantung dan selamat..tp yang mengejutkan saya apabila disahkan ada fibroid dalam rahim berukuran 4 cm x 5 cm..doktor cakap sebab fibroid ni jugakla saya alami pendarahan..doktor bagitau fibroid ni bukan kanser..dier adalah lebihan daging yang melekat pada dinding rahim..dan kedudukan fibroid saya tak mengancam baby dan tak dekat dengan pintu rahim..so inshaallah saya boleh bersalin secara normal..doktor bagi la mc 5 hari untuk saya berehat..sebelum balik doktor pesan untuk minum air kosong banyak2 supaya fibroid tu tak membesar dan menyakitkan, sebab bila fibroid tak cukup oksigen, fibroid tu akan buat kita rasa sakit dekat dalam rahim bukan disebabkan oleh perkembangan baby..

so lepas daripada tu hari2 saya minum air kosong banyak2..alhamdulillah lama2 fibriod tu stay pada ukuran 5 cm x 5.5 cm je dan baby membesar dengan sihatnya..means baby berjaya lawan dengan fibroid tu..hihih..pengalaman kawan saya yang ada fibroid, fibroid dier membesar bersama2 baby..so nampak la perut dier sangat besar macam anak kembar..huhuh..syukur sangat2 fibroid saya tak membesar dah, sakit pun takda jugak..

kali kedua bleeding masa kandungan masuk minggu ke 16..malam raya pulak tu..nasib time tu dah balik rumah parent..malam tu jugak pergi hospital SALAM tapi doktor pakar pulak tak ada..so saya kena refer dekat DEMC..syukur doktor pakar sakit puan ada time tu, dier tengah on call buat operation pesakit yang nak bersalin..tunggu dalam sejam jugak baru doktor datang.. lepas doktor datang terus check guna alat yang sama dekat hospital Manjung untuk tengok pintu rahim samada terbuka atau tak..alhamdulillah rahim masih tertutup dan baby masih lagi ada..so doktor bagi injection untuk kuatkan rahim yang boleh bertahan selama dua minggu..fuhh lega rasenya hati lepas tu..yeyy boleh beraya dengan gembiranye!!hihihii..

syukur teramat sangat, Allah masih pelihara anak dalam kandungan saya.. =)

ok la..next entri saya akan ceritakan pulak info dan punca2 yang boleh menyebabkan saya ada fibroid..nantikan ok!











Wednesday, December 24, 2014

khasiat minyak zaitun @ olive oil untuk ibu mengandung

hari ni terasa nak menulis pasal manfaat minyak zaiton pulak atau dalam bahasa harian kita guna sekarang Olive Oil. hihi.. bukan ape, tiap2 pagi kena ingatkan diri sendiri telan minyak tu. ee.. tak suka. Huhu.. 1st time telan memang rasa janggal, meremang bulu roma. tapi bila da dua tiga kali cuba rasa da blh terima tekak ni. rasa dia ade sedikit macam biji gajus atau biji hazel pon ade gak.

memandangkan saya sekarang sedang sarat mengandung. ramai yang syorkan kepada saya untuk mengambil olive oil @ minyak zaiton sebagai supplement tambahan. baik dari yang pakar, jiran tetangga mahu pon mak mertua sy sendiri untuk memudahkan proses bersalin nanti..diharapnye menjadila kan..kui3..

satu yang saya perasan setelah mengambil olive oil ni dalam masa yang terdekat rambut saya dah tidak gugur lagi. kalau sebelum ini, asal mandi je mesti ade rambut yang gugur bersama air mandian. rasa nk nagis je. mane tidak nye rambut di kepala da jarang nampaknye. tp setelah mengambil olive oil ni, rambut da tak gugur lagi malah hitam pekat bersinar sinar lagi. hihihi

jom saya ceritakan kebaikan olive oil nih :

mengandungi mineral dan vitamin. Vitaminnya macam-macam. Ada yang berjenis protein, lemak, kalori, zat besi, vitamin A, B1, B2, B3, E, C, dan squalene

1. Vitamin B kompleks dan vitamin E yang terkandung dalam minyak zaitun penting untuk saraf. 

2. Vitamin E baik untuk kulit dan menghalang radikal bebas, juga bagus untuk meningkatkan sistem antibodi badan dan membantu mencegah serangan penyakit.

3. Kemudian squalene bermanfaat untuk meningkatkan sistem ketahanan dari penyakit flu (influenza atau cool), hepatitis, TBC dan banyak lagi. 

4. Zat besi dan kalsium dalam minyak zaitun memang tidak banyak, tapi still ada. jika ditambahkan dalam makanan atau minuman yang kaya akan kalsium dan zat besi maka tulang  akan semakin kuat dan sihat



berikut beberapa artikel berkait kelebihan minyak zaitun bagi ibu hamil :

1- Apakah aman mengonsumsi zaitun untuk ibu hamil? Minyak zaitun mengandung banyak komponen nutrisi penting, antara lain adalah asam lemak tak jenuh, protein, mineral, kalsium, dan zat besi, juga bermacam vitamin seperti vitamin A, B, C dan D dalam jumlah yang bervariasi, yang sangat baik untuk menjaga kesehatan Ibu selama kehamilan.


Sampai saat ini, belum diketahui adanya laporan mengenai efek samping konsumsi minyak zaitun pada ibu maupun bayi, sehingga dianggap cukup aman selama dilakukan dalam batas wajar, sekitar 2 sendok makan per hari, baik dalam bentuk dicampur salad atau konsumsi langsung, dan Ibu tidak memiliki alergi terhadap minyak zaitun tersebut.


More http://www.konsultasisyariah.com/minyak-zaitun-untuk-ibu-hamil/

2- Nilai Gizi Minyak Zaitun
Minyak zaitun telah dikenal beribu-ribu tahun lalu sebagai minyak yang memiliki banyak khasiat. Tak heran jika minyak ini dikenal dengan sebutan “emas cair” atau “raja segala minyak.” ..

...Minyak zaitun mengandung mineral dan vitamin. Berikut kandungan vitamin dan mineral dalam minyak zaitun: Protein, air, lemak, kalori, kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, vitamin E, asam lemak jenuh dan tak jenuh, squalene, polifenol dan lain-lain.

 More : http://manfaatzaitun.blogspot.com/2012/07/manfaat-minyak-zaitun-untuk-ibu-hamil.html

3- kesulitan BAB (buang air besar)
Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh
Ibu yang sedang mengandung lazimnya mengalami kesulitan BAB (buang air besar). Selain mengkonsumsi minyak zaitun untuk melancarkan BAB...

More : http://dietsunnahnabi.blogspot.com/2013/05/manfaat-minyak-zaitun-untuk-ibu-hamil.html 

4- Minyak Zaitun - Makanan Janin Semasa Ibu Mengandung
Ibu hamil sebaiknya mengonsumsi minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.


Selain itu juga, minyak zaitun juga dipercayai menaikkan hb untuk ibu mengandung..memandangkan hb saya pun rendah, lepas saya try 0live oil bersama vitamin iberet memg hb naek dari 10.4 ke 11.2..bak kata doktor kalo hb rendah boleh menyebabkan keguguran sebb anak tak dapt oksigen..selain itu jugak boleh menyebabkan uri melekat pada dinding rahim masa bersalin nanti..bahayakan..takut plak dengar..so baik kite cegah sebelum terjadi kan kan..


ok la next entri saya akan ceritakan pulak pasal pendarahan yang saya alami masa awal2 mengandung..stay tuned ok!

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

IMAN SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.