Saturday, December 27, 2014

Fibroid dan kesannya pada kehamilan

Hai semua diharap sihat semuanya,

entri kali ini saya nak cerita pengalaman saya yang mengalami pendarahan pada awal usia kandungan

ceritanya bermula selepas saya disahkan mengandung, ketika tu berusia 10 minggu, kalo tak salah hari jumaat berlaku kejadian ni, hari tu tak tahu kenapa rasa teramat penat sampai tetido lepas balik kerja..hanya bangun untuk solat maghrib lepas tu saya sambung tido balik sampaila encik suami kejut untuk solat isyak..selepas selesai tunaikan solat isyak saya pergi toilet nak buang air kecil..time tu la air kencing keluar beserta dengan darah..ape lagi rase memang sangat takut bercampur sedih dan cuak la jugak..siape tak sayang anak oi..huhuu..

saya beritahu encik suami, kitorang cemas sampai tak boleh nak fikir apa2..lama betul nak fikir solution..hahaha..lepas tu saya pakai pad dan terus pergi hospital Manjung..encik suami jangan cakapla, bawak kereta macam ribut tapi still berhemahla hihih..semua lampu isyarat dier langgar..nasib malam tu kereta tak banyak dan kalau ada pon diorang bagi jalan sebab pasang lampu kecemasan..ni yang bangga duduk kat Malaysia ni..hihih..

sampai je dekat hospital terus je masuk unit kecemasan. tak payah tunggu2 pun..doktor bertugas dekat unit kecemasan tanya saya ada rasa sakit macam senggugut tak..saya cakap tak da pun..doktor tanya lagi, masa buang air kecil ada tak ketulan daging keluar bersama..saya cakap tak juga..so dier scan tgok baby masih lagi ada, tapi untuk confirmkan saya kena refer pada unit bersalin..masuk je unit tu, doktor sakit puan check sekali lagi kandungan dan masukkan satu alat tak tahu nama apa untuk pastikan rahim dah terbuka atau tidak..alhamdulillah rahim masih tertutup..baby masih ada dan selamat..so doktor kata tak ada apa2..

time tu darah dah penuh satu pad..saya pun mintak dekat nurse untuk tukar pad..time tu dah dekat tengah malam rasanya..doktor tanya samada nak stay atau nak balik..kalau stay, doktor nak monitor darah yang keluar setiap tiga jam..kalau nak balik, saya kena datang semula ke hospital keesokan pagi..tapi saya dan husband decided balik rumah..

malam tu kitorang balik dengan perasaan yang masih gundah gulana..hihii..memang tak tidur la malam tu..kejap2 saya cek pad samada darah masih keluar atau tidak..darah masih lagi keluar tapi tak banyak macam awal2..dua hari saya hanya baring je tak buat apa2..makan pun dekat tempat tidur..darah masih keluar tapi sikit2 macam akhir2 period tu..

kitong tak pegi balik pon hospital..kikii..sampaila hari ahad petang baru saya telefon mak, bagitau apa yang berlaku..mak suruh balik rumah untuk detail check up dengan doktor pakar sakit puan dekat sana..

isnin pagi saya dan encik suami ke hospital SALAM, berjumpa dengan doktor Siti Mariam, pakar sakit puan dekat situ..check punya check, dier cakap baby masih ada dalam kantung dan selamat..tp yang mengejutkan saya apabila disahkan ada fibroid dalam rahim berukuran 4 cm x 5 cm..doktor cakap sebab fibroid ni jugakla saya alami pendarahan..doktor bagitau fibroid ni bukan kanser..dier adalah lebihan daging yang melekat pada dinding rahim..dan kedudukan fibroid saya tak mengancam baby dan tak dekat dengan pintu rahim..so inshaallah saya boleh bersalin secara normal..doktor bagi la mc 5 hari untuk saya berehat..sebelum balik doktor pesan untuk minum air kosong banyak2 supaya fibroid tu tak membesar dan menyakitkan, sebab bila fibroid tak cukup oksigen, fibroid tu akan buat kita rasa sakit dekat dalam rahim bukan disebabkan oleh perkembangan baby..

so lepas daripada tu hari2 saya minum air kosong banyak2..alhamdulillah lama2 fibriod tu stay pada ukuran 5 cm x 5.5 cm je dan baby membesar dengan sihatnya..means baby berjaya lawan dengan fibroid tu..hihih..pengalaman kawan saya yang ada fibroid, fibroid dier membesar bersama2 baby..so nampak la perut dier sangat besar macam anak kembar..huhuh..syukur sangat2 fibroid saya tak membesar dah, sakit pun takda jugak..

kali kedua bleeding masa kandungan masuk minggu ke 16..malam raya pulak tu..nasib time tu dah balik rumah parent..malam tu jugak pergi hospital SALAM tapi doktor pakar pulak tak ada..so saya kena refer dekat DEMC..syukur doktor pakar sakit puan ada time tu, dier tengah on call buat operation pesakit yang nak bersalin..tunggu dalam sejam jugak baru doktor datang.. lepas doktor datang terus check guna alat yang sama dekat hospital Manjung untuk tengok pintu rahim samada terbuka atau tak..alhamdulillah rahim masih tertutup dan baby masih lagi ada..so doktor bagi injection untuk kuatkan rahim yang boleh bertahan selama dua minggu..fuhh lega rasenya hati lepas tu..yeyy boleh beraya dengan gembiranye!!hihihii..

syukur teramat sangat, Allah masih pelihara anak dalam kandungan saya.. =)

ok la..next entri saya akan ceritakan pulak info dan punca2 yang boleh menyebabkan saya ada fibroid..nantikan ok!











2 comments:

  1. Perkongsian yang sangat-sangat berguna. Terimo kasih deh.

    ReplyDelete
  2. Hii sis lama tak bleeding tu? Sy ade spotting dh check bwah rahim tertutup baby pun ok jugak mmg doc suspect ade fibroid ... tp utk jumpa doc pakar o&g bulan dpn utk followup pasal fibroid tu 4cm jugak

    ReplyDelete